Kampung Nenasi, Pekan terima RM500,000 menerusi program Kampung Angkat Madani Jabatan Imigresen Malaysia 2026.

PEKAN – Kampung Nenasi, Mukim Bebar, di sini menerima  RM700,000 peruntukan bagi Program Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tahun 2026.

Jumlah itu termasuk RM100,000 untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Nenasi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peruntukan itu disalurkan bagi manfaat  lebih 10,000 penduduk sekitar dalam meningkatkan kemudahan asas dan kesejahteraan komuniti berdasarkan keperluan mereka.

Antara inisiatif yang dirancang seperti naik taraf Masjid Nenasi dan Balai Raya Kampung Nenasi Darat, baik pulih gelanggang futsal, naik taraf pejabat pentadbiran Badan Khairat Kematian Orang-Orang Islam Mukim Bebar, menyediakan kemudahan khemah komuniti serta memasang lampu jalan solar.

“Oleh kerana ada pengisian TVET, jadi bersama Kolej Komuniti Rompin ada kerjasama melibatkan antaranya pemasangan dan penyelenggaraan penghawa dingin domestik, kerja pendawaian elektrik dan pemasangan CCTV di lokasi terpilih, program servis motosikal dan kenderaan ringan serta program berkaitan penghasilan makanan, masakan dan pramusaji bersama komuniti.

“Jadi keseluruhan jadi RM700,000. Status projek-projek yang disebut itu kesemuanya hampir siap,” katanya.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua dari kiri) ketika sidan media di SK Nenasi, Pekan hari ini

Saifuddin berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Peluncuran Kampung Angkat dan Sekolah Angkat Madani JIM 2026 di SK Nenasi, di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr. Awang Alik Jeman; Pengarah JIM Pahang, Nursafariza Ihsan; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Ahmad Zamri Md Isa, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali dan Pegawai Daerah Pekan, Azora @ Ahmad Shamsudin.

Beliau berkata, sepanjang tiga tahun pelaksanaannya, KDN akan berjaya mereleasisasikan sebanyak 33 Program Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani menerusi 11 jabatan dan agensi utama dibawah naungannya menjelang hujung tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here