Kementerian Luar Negeri di Putrajaya.

JAKARTA – Rakyat Malaysia yang bermastautin atau melawat Jakarta dan kawasan berhampiran dinasihatkan supaya kekal tenang serta mengikut maklumat rasmi pihak berkuasa tempatan susulan gempa bumi bermagnitud 6.5 yang berlaku berhampiran Kepulauan Seribu awal pagi Sabtu.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu tidak mencetuskan ancaman tsunami, manakala setakat 12 tengah hari belum ada laporan mengenai kemalangan atau kerosakan akibat kejadian berkenaan.

“Warganegara Malaysia yang akan berlepas ke luar negara turut dinasihatkan supaya merancang perjalanan sewajarnya termasuk menyediakan dana tambahan untuk keperluan diri, selain mendapatkan insurans sebelum berlepas dan meneliti skop perlindungannya,” menurut kedutaan itu.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) merekodkan gempa bumi itu pada 4.23 pagi waktu tempatan, dengan gegaran dirasai di Jakarta dan di bahagian Jawa dan Sumatera.

Bagi bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi talian tetap +62 21 522 4947 atau WhatsApp dan telefon di +62 813 8081 3036. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here