Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemubual dalam Podcast Sembang Ohh Yeahh sempena Hari Malaysia di Facebook rasminya, hari ini.

KUALA LUMPUR – “Hancur luluh. Luluh patah hati sebenarnya”, itu luahan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengimbas kembali pengalaman kehilangan ibu tercinta ketika beliau masih berada di dalam penjara.

Perdana Menteri berkata, ketika itu beliau menerima berita bahawa ibunya, Allahyarhamah Datin Che Yan Abdul Hamid Hussein berada dalam keadaan tenat.

Beliau kemudian membuat rayuan untuk dibenarkan bertemu ibunya di hospital.

“Akhirnya setelah usaha-usaha, tiba-tiba jumpa sekitar setengah jam ke hospital,” katanya dalam podcast Sembang Ohh Yeahh sempena Hari Malaysia di Facebook rasminya, hari ini.

Menurut Anwar, ibunya ketika itu masih sedar dan pertemuan berkenaan amat menggembirakannya, bagaimanapun meninggal dunia selepas beliau pulang ke penjara.

“Saya pulang. Sejurus begitu dia meninggal dunia. Pulang ke Rahmatullah,” katanya.

Anwar berkata, malam tersebut merupakan antara malam paling murung dalam hidupnya apabila beliau kembali ke bilik kurungan penjara dan tidak mampu melakukan apa-apa selain berdoa, bersolat dan membaca al-Quran.

“Keesokan harinya, saya dibenarkan keluar untuk menghadiri solat jenazah sebelum kembali ke penjara,” katanya.

Anwar turut berkongsi pengalaman kehilangan bapanya, Allahyarham Datuk Ibrahim Abdul Rahman ketika beliau sekali lagi berada di penjara, namun kehilangan ibu dirasakannya lebih berat.

“Saya harus terus terang sebut bahawa lebih jauh lebih sukar kehilangan ibu daripada kehilangan ayah.

“Sukar kehilangan ayah tapi tak sama dengan kehilangan ibu,” katanya.

Beliau berkata, pengalaman itu memaksanya untuk bangkit semula melalui zikir, bacaan al-Quran dan doa.

Anwar berkata, pengalaman berada dalam penjara dan berdepan kehilangan orang tersayang turut membentuk pendiriannya terhadap soal kezaliman.

“Saya tidak mahu perkara itu berlaku pada sesiapa,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here