KUALA LUMPUR – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan bahawa proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah disempurnakan mengikut Perkara 10(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, mesyuarat itu turut mengumumkan Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar telah dipilih dan diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa serta-merta.
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette
















