KUALA LUMPUR — Platform dagangan pelbagai aset, ProreX kini mengintai pasaran Asia Tenggara dalam usaha memanfaatkan lonjakan pelabur runcit generasi baharu yang mengutamakan aplikasi telefon mudah alih serta kecerdasan buatan (AI).
Langkah strategik diambil bagi memenuhi keperluan generasi muda yang tidak lagi bergantung kepada terminal dagangan desktop tradisional.
Menurut kenyataan ProreX, potensi pasaran kewangan di rantau ini disokong oleh pertumbuhan pesat bilangan pelabur runcit digital.
Di Vietnam, jumlah akaun dagangan sekuriti domestik telah mencecah kira-kira 12.26 juta pada akhir Februari 2026.
Malaysia turut menunjukkan trend yang selari.
Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), pelabur berusia 35 tahun dan ke bawah menyumbang lebih 50 peratus daripada akaun pasaran saham runcit baharu yang dibuka setiap tahun sepanjang lima tahun lepas dan kini mewakili kira-kira 490,000 daripada 2.4 juta akaun runcit aktif di negara ini.
Selain itu, laporan 2024 Global Retail Investor Outlook yang dipetik dalam Capital Market Masterplan 2026–2030 oleh SC mengesahkan 36 peratus pelabur Gen Z dan milenial aktif menggunakan chatbot AI berbanding hanya 15 peratus dalam kalangan Gen X dan baby boomers.
Trend itu mendorong ProreX untuk memperkenalkan antara muka dagangan berasaskan bahasa semula jadi (NLUI) di mana pedagang boleh mengarahkan AI untuk menyaring pasaran, menganalisis risiko dan menyediakan persediaan dagangan secara langsung.
Sebagai sebahagian daripada pelan pengembangannya di Asia, ProreX memperkenalkan keupayaan Agentic Trading menerusi ProreX MCP.
Inovasi itu menyambungkan pelbagai alatan seperti Screener, Smart Score, Trade Ideas serta kalendar ekonomi ejen AI.
Menerusi pendekatan itu, ejen AI bertindak menganalisis pasaran dan mengesyorkan cadangan dagangan manakala kelulusan dan pengesahan manual kekal berada di tangan pedagang sebagai tetapan lalai (default).
Menurut data dalaman ProreX, penggunaan alatan dagangan berasaskan AI di platform berkenaan telah mencatatkan peningkatan kira-kira 30 peratus dalam tempoh enam bulan lepas.
Selain dagangan berasaskan AI, strategi ProreX mengintai pasaran Asia turut merangkumi penerokaan produk baharu iaitu Events Trading.
Berbeza dengan dagangan tradisional yang meramalkan arah pergerakan harga aset, Events Trading membolehkan pedagang menyertai pasaran berasaskan hasil sesuatu peristiwa sebenar seperti keputusan kadar faedah bank pusat, pergerakan paras harga utama wang kripto atau keputusan peristiwa ekonomi dan politik antarabangsa.
ProreX menyasarkan menjadi antara platform berasaskan broker terawal di rantau ini yang menawarkan penyelesaian Events Trading bersepadu menggabungk
UMPUR — Platform dagangan pelbagai aset, ProreX kini mengintai pasaran Asia Tenggara dalam usaha memanfaatkan lonjakan pelabur runcit generasi baharu yang mengutamakan aplikasi telefon mudah alih serta kecerdasan buatan (AI).
Langkah strategik diambil bagi memenuhi keperluan generasi muda yang tidak lagi bergantung kepada terminal dagangan desktop tradisional.
Menurut kenyataan ProreX, potensi pasaran kewangan di rantau ini disokong oleh pertumbuhan pesat bilangan pelabur runcit digital.
Di Vietnam, jumlah akaun dagangan sekuriti domestik telah mencecah kira-kira 12.26 juta pada akhir Februari 2026.
Malaysia turut menunjukkan trend yang selari.
Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), pelabur berusia 35 tahun dan ke bawah menyumbang lebih 50 peratus daripada akaun pasaran saham runcit baharu yang dibuka setiap tahun sepanjang lima tahun lepas dan kini mewakili kira-kira 490,000 daripada 2.4 juta akaun runcit aktif di negara ini.
Selain itu, laporan 2024 Global Retail Investor Outlook yang dipetik dalam Capital Market Masterplan 2026–2030 oleh SC mengesahkan 36 peratus pelabur Gen Z dan milenial aktif menggunakan chatbot AI berbanding hanya 15 peratus dalam kalangan Gen X dan baby boomers.
Trend itu mendorong ProreX untuk memperkenalkan antara muka dagangan berasaskan bahasa semula jadi (NLUI) di mana pedagang boleh mengarahkan AI untuk menyaring pasaran, menganalisis risiko dan menyediakan persediaan dagangan secara langsung.
Sebagai sebahagian daripada pelan pengembangannya di Asia, ProreX memperkenalkan keupayaan Agentic Trading menerusi ProreX MCP.
Inovasi itu menyambungkan pelbagai alatan seperti Screener, Smart Score, Trade Ideas serta kalendar ekonomi ejen AI.
Menerusi pendekatan itu, ejen AI bertindak menganalisis pasaran dan mengesyorkan cadangan dagangan manakala kelulusan dan pengesahan manual kekal berada di tangan pedagang sebagai tetapan lalai (default).
Menurut data dalaman ProreX, penggunaan alatan dagangan berasaskan AI di platform berkenaan telah mencatatkan peningkatan kira-kira 30 peratus dalam tempoh enam bulan lepas.
Selain dagangan berasaskan AI, strategi ProreX mengintai pasaran Asia turut merangkumi penerokaan produk baharu iaitu Events Trading.
Berbeza dengan dagangan tradisional yang meramalkan arah pergerakan harga aset, Events Trading membolehkan pedagang menyertai pasaran berasaskan hasil sesuatu peristiwa sebenar seperti keputusan kadar faedah bank pusat, pergerakan paras harga utama wang kripto atau keputusan peristiwa ekonomi dan politik antarabangsa.
ProreX menyasarkan menjadi antara platform berasaskan broker terawal di rantau ini yang menawarkan penyelesaian Events Trading bersepadu menggabungkan pasaran tradisional, analisis AI dan keputusan dunia sebenar di bawah satu platform.
Dalam mengukuhkan kedudukannya di pasaran Asia, ProreX turut mengingatkan pengguna supaya sentiasa berwaspada terhadap penipuan dan penyamaran dalam talian.
Saluran rasmi ProreX hanya boleh diakses melalui laman web www.prorex.asia dan sebarang sokongan rasmi diuruskan menerusi [email protected] MalaysiaGazette
















