Gambar hiasan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 OGOS 2026.

KUANTAN – Seorang pemilik perniagaan di sini terpaksa berputih mata selepas kerugian lebih RM200,000 akibat terpedaya tawaran pelaburan tidak wujud matawang digital kripto.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, mangsa yang merupakan seorang warga emas berusia 65 tahun telah melihat tawaran pelaburan itu melalui aplikasi Facebook pada bulan Julai lepas dan menekan pautan yang diberikan sebelum menyertai satu kumpulan WhatsApp.

“Mangsa kemudiannya diberikan arahan untuk membuat pelaburan dan dijanjikan pulangan yang tinggi berdasarkan keuntungan yang dipaparkan melalui aplikasi Uphold.

“Percaya dengan tawaran tersebut, mangsa telah membuat sebanyak 53 transaksi melalui akaun Luno, Mxglobal dan Trust Wallet ke akaun pelaburan Uphold dengan jumlah keseluruhan RM218,239.24,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azry Akmar berkata, pada 20 Ogos, akaun Uphold milik mangsa telah dibekukan dan mangsa diminta membayar sebanyak RM30,000.00 sebagai cukai bagi tujuan menyahbekukan akaun tersebut.

Bagaimanapun, katanya mangsa tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan dan gagal membuat pengeluaran wang.

“Mangsa kemudiannya dimaklumkan oleh ahli keluarga bahawa skim pelaburan tersebut disyaki sebagai penipuan sebelum membuat laporan polis.

“Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM218,239.24 melibatkan wang simpanannya,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here