Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian tersebut.

PENDANG – Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) An-Nur di Gajah Mati di sini, dilaporkan musnah kira-kira 70 peratus dalam kebakaran hari ini.

Bagaimanapun semua murid dan guru berjaya menyelamatkan diri dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah di Facebook, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang dan BBP Jalan Raja bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dikerahkan ke lokasi.

“Bangunan dua tingkat berkeluasan kira-kira 80 x 30 kaki terbakar dengan anggaran kemusnahan 70 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan empat aliran hos.

Pihak bomba menjalankan operasi pemadaman api di lokasi kejadian.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.27 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, punca kebakaran dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here