Tangkap layar video tular

IPOH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang pemandu kereta didakwa diugut individu lain menggunakan sebatang kayu selepas berlaku perselisihan faham di Jalan Ipoh-Gopeng, Simpang Pulai, di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian yang turut tular menerusi video di media sosial Threads itu.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kenderaan mangsa didakwa dihimpit sebuah Toyota Vios sekitar jam 4.56 petang, pada Rabu.

“Perselisihan faham berlaku selepas mangsa membunyikan hon sebelum dua lelaki keluar dari kenderaan berkenaan.

“Salah seorang daripada lelaki terbabit didakwa membawa dan mengacukan sebatang kayu ke arah abang mangsa,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Muhammad Najib berkata, kejadian berkenaan turut dirakam menerusi kamera papan pemuka yang terdapat pada kereta mangsa.

Justeru beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, manakala usaha mengesan individu yang terlibat sedang dijalankan.

“Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya memandu dengan cermat, sentiasa mengawal emosi dan tidak bertindak secara agresif ketika berhadapan dengan sebarang perselisihan faham di jalan raya,” katanya.

Terdahulu tular di hantaran Threads mendakwa berlaku insiden lelaki diugut individu lain dengan menggunakan senjata didakwa cota selepas perselisihan faham di Simpang Pulai. – MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here