Muhammad Hafiq Hizwan Norizan, 29, berazam mengharumkan nama Melaka dan Malaysia dalam bidang sukan para selepas dinobatkan sebagai Tokoh Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Melaka 2026.
Pemenang pingat emas acara 100 meter Para SUKMA itu kini giat membuat persiapan menghadapi Sukan Para ASEAN dan Kejohanan Dunia Para tahun depan.
Sementara itu, bekas guru, Zaid Md Saman, 72, dipilih sebagai Tokoh Warga Emas Negeri Melaka 2026 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam bidang pendidikan selama lebih 30 tahun.















