Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggang melanggar lembu yang sedang melintas di Jalan Kulai-Kota Tinggi, Kota Tinggi malam tadi.

KULAI – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar lembu yang sedang melintas di Kilometer 9 Jalan Kulai-Kota Tinggi di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima makluman kejadian itu pukul 2.15 pagi.

“Kemalangan melibatkan motosikal jenis Yamaha yang ditunggang mangsa iaitu lelaki tempatan berumur 15 tahun bersama-sama seorang pembonceng lelaki tempatan berumur 20 tahun.

“Siasatan polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal itu yang datang dari arah Kulai menghala ke Kota Tinggi tidak sempat mengelak lalu melanggar seekor lembu yang melintas jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut, penunggang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, pembonceng pula dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini untuk mendapatkan rawatan.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd Fatin Mohd Radzi 018-3649199. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here