JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan Junior Chamber International (JCI) mengadakan majlis anugerah untuk usahawan-usahawan di negeri ini dalam skala yang besar.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor berkata, Mohd Hairi Mad Shah berkata, tujuannya bagi mengiktiraf dan memberi motivasi kepada usahawan.
“Ini menunjukkan sokongan kepada kerajaan untuk membawa lebih banyak anak-anak muda ke hadapan. Saya melihat JCI ini boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri daripada pelbagai program.
“Saya bercadang bekerjasama dengan JCI dalam program ataupun anugerah kepada usahawan-usahawan di negeri Johor daripada pelbagai sektor industri kecil dan sederhana (IKS), Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) dan industri.
“Jadi saya akan bincang dengan Presiden JCI untuk kita lihat bagaimana cara mereka buat, kita buatkan lebih besarlah acara ini (selepas ini),” katanya.
Beliau berkata demikan dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan perasmian Anugerah Belia Cemerlang JCI 2026 di Hotel Sharaton di sini malam tadi.
Turut hadir Presiden Junior Chamber International (JCI), Senator Vincent Leng.
Mengenai majlis tersebut, Mohd Hairi berkata, seramai 430 masuk final dan daripada jumlah itu 10 dipilih yang terbaik menjadi daripada segi pelbagai sektor, perniagaan, sukarelawan dan sebagainya.
“Ini satu platform dan yang bagus dan boleh menjadi contoh kepada mana-mana persatuan di negeri Johor mahupun Malaysia boleh mengikuti jejak JCI yang mengiktiraf golongan-golongan belia dari pelbagai sudut latar belakang,” katanya.- MalaysiaGazette
















