Sebuah Van balai polis bergerak telah ditempatkan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bermula pukul 7.00 pagi bagi membuat kawalan sepanjang proses pemindahan Najib dari penjara ke kediaman selain memastikan keselamatan di sekitar rumah berkenaan ketika di Langgak Duta, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 21 SEPTEMBER 2026.
KUALA LUMPUR – Sebuah balai polis bergerak ditempatkan berhampiran kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di sini bermula pagi ini.
Balai yang merupakan van dilihat berada di luar kediaman bekas Ahli Parlimen Pekan itu dalam keadaan statik dan kelihatan dua anggota yang bertugas di situ.
Selain itu, balai tersebut turut dibantu unit kereta peronda (MPV) yang hadir membuat pemeriksaan secara berkala.
Semalam, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penempatan balai polis bergerak itu bagi memastikan aspek keselamatan dan kelancaran pergerakan sekiranya proses pemindahan Najib dari penjara dilaksanakan dan kediaman itu dipilih
Kata beliau, pihaknya setakat ini belum menerima pengesahan rasmi sama ada kediaman di Langgak Duta itu akan menjadi lokasi tahanan rumah Najib.
Jelasnya, terdapat kemungkinan kediaman lain milik Najib turut dipertimbangkan, namun perkara tersebut belum dapat dipastikan.
Sebuah Van balai polis bergerak telah ditempatkan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bermula pukul 7.00 pagi bagi membuat kawalan sepanjang proses pemindahan Najib dari penjara ke kediaman selain memastikan keselamatan di sekitar rumah berkenaan ketika di Langgak Duta, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 21 SEPTEMBER 2026.
Pada masa sama, Anuar Bakri memberitahu, tanggungjawab mengawasi Najib sekiranya menjalani tahanan rumah adalah di bawah Jabatan Penjara Malaysia dan bukannya Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sabtu lalu, enam pegawai Jabatan Penjara dilaporkan hadir ke kediaman berkenaan bagi menjalankan pemeriksaan dan penilaian.
Jumaat lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.
Najib sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 susulan sabitan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. – MalaysiaGazette
Anggota polis membuat kawalan di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seawal pukul 7.00 pagi bagi menjaga keselamatan sepanjang proses pemindahan Najib dari penjara ke kediaman ketika di Langgak Duta, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 21 SEPTEMBER 2026.
Menurut kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan Datuk Azizi Mohamad Ali malam ini, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.