Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan rundingan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu dilakukan melalui saluran rasmi, bukan menerusi media sosial.
Katanya, BN akan mengeluarkan surat rasmi kepada parti yang berminat menjadi rakan strategik sebelum cadangan itu dibentangkan di semua peringkat untuk diputuskan.
Beliau berkata, BN menghormati semua pihak dan tidak menutup pintu rundingan, namun tidak akan membuka ruang perbincangan tanpa proses rasmi.















