Menjelang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menitipkan tiga pesanan kepada penjawat awam, iaitu menjaga integriti, menggunakan kecerdasan buatan (AI) secara bijak dan menjadikan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) sebagai jiwa perkhidmatan.
Beliau menegaskan bahawa jawatan merupakan amanah rakyat, manakala teknologi perlu membantu manusia berfikir, bukan menggantikan pertimbangan mereka.
Katanya, kejayaan kerajaan bukan sekadar dinilai melalui program atau slogan, tetapi berdasarkan layanan yang diberikan serta masalah rakyat yang berjaya diselesaikan.















