KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) perlu segera memperbetulkan rekod dan menjelaskan mengapa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dikaitkan dengan penyelarasan syarat pegangan 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta (IPS).
Sedangkan, Ketua Penerangan Puteri UMNO, Nooryana Najwa Najib berkata, MITI telah menegaskan bahawa kementerian itu tidak terlibat dalam penentuan dasar tersebut.Menurutnya, isu yang menyentuh kepentingan dan penyertaan ekonomi Bumiputera bukan perkara kecil.Yana
“Kenyataan yang tidak tepat bukan sahaja menimbulkan kekeliruan, malah boleh mencetuskan persepsi seolah-olah MITI dan kepimpinannya bersetuju dengan keputusan yang sebenarnya bukan di bawah bidang kuasa mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, KPM mesti tampil memberikan penjelasan secara jujur dan telus serta bertanggungjawab terhadap kekeliruan yang telah berlaku.
Semalam, media melaporkan, KPM tidak lagi menetapkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengendalikan IPS di bawah kementerian itu.
KPM berkata, penyelarasan berkenaan diputuskan susulan perbincangan dengan MITI bagi memastikan syarat pemilikan IPS selari dengan keperluan semasa sektor pendidikan.
Bagaimanapun, MITI hari ini memaklumkan, pihaknya tidak mempunyai makluman mengenai pengumuman seperti dibuat KPM tersebut. – MalaysiaGazette
















