Selepas kira-kira 10 jam menunggu bagi mendapatkan perkembangan mengenai kemungkinan pergerakan keluar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari Penjara Kajang, sebahagian besar wakil media mula beredar malam ini.
Terdahulu wakil media berkumpul di luar pintu masuk Penjara Kajang sejak kira-kira pukul 10 pagi bagi mengikuti perkembangan susulan pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.















