Penguatkuasa DBKL mengeluarkan notis saman kepada pemandu yang menggunakan lorong khas bas dan teksi di sekitar Jalan Ampang berhampiran Wisma Central, kelmarin. Gambar: Facebook DBKL.

KUALA LUMPUR – Seramai 40 pemandu dikenakan notis saman oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas didapati menggunakan lorong khas bas dan teksi di sekitar Jalan Ampang berhampiran Wisma Central di sini.

Tindakan itu dilakukan menerusi Tindakan Khas Saman Kendiri yang dilaksanakan Jabatan Penguatkuasaan DBKL, kelmarin.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, kesemua pemandu terbabit didapati melanggar peraturan dengan menggunakan lorong yang dikhaskan untuk bas dan teksi.

“Tindakan dilaksanakan di bawah peruntukan Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 yang melarang kenderaan selain bas dan teksi menggunakan lorong berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas yang berkuat kuasa bagi mengelakkan dikenakan tindakan saman.

Pematuhan terhadap larangan menggunakan lorong bas juga penting bagi memastikan kelancaran pergerakan pengangkutan awam di ibu negara.

DBKL berkata, pihaknya akan meneruskan tindakan penguatkuasaan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi berkaitan.

Sebarang aduan atau maklum balas boleh disalurkan kepada DBKL menerusi saluran aduan yang disediakan. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here