Noh melihat ikan Awana sebelum merasmikan Malaysia First Golden Arowana Championship 2026 di R&F Mall Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang selama enam penggal,Tan Sri Noh Omar masih belum memikirkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.

Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, apa yang dilakukan kini hanya untuk memenangkan parti dalam pilihan raya umum dan pilihan raya negeri akan datang.

“Sebab itu hingga sekarang saya tak fikir pasal bertanding. Saya sekarang ini fikir macam mana nak bagi parti menang,” katanya dalam sidang akhbar.

Terdahulu beliau merasmikan Malaysia First Golden Arowana Championship 2026 di R&F Mall Johor Bahru di sini hari ini.

Ditanya sama ada menerima mana-mana tawaran daripada mana-mana pihak untuk bertanding dalam pilihan raya, beliau memaklumkan setakat ini masih belum ada lagi yang berbuat demikian.

“Bertanding ini tak ada offer–offer. Dia soal nak bertanding ini saya ada banyak pengalaman. Saya jadi Pengerusi Perhubungan (UMNO Selangor) menentukan calon. Calon ini kadang-kadang dah putus (muktamad) pun boleh tukar.

“Jadi, saya minta semua pihak yang penting buat kerjasama dulu. Jadi saya kalau dapat UMNO dan Pas ini bukannya bergabung ya, jangan bertembung.

“Saya selalu sebut perkataan itu, bukannya nak bergabung (tapi kerjasama). Kalau ini boleh dilaksanakan, boleh boleh dibuat, saya rasa akan memberikan semangat baharulah,” ujar bekas Pengerusi UMNO Selangor itu.

Noh sebelum ini mengumumkan penyertaan semula ke dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) melalui Rumah Bangsa pada Jun lalu.

Tindakan itu dilakukan selepas beliau melepaskan semua jawatan dan keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)berkuat kuasa serta-merta.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here