Ambulans yang membawa jenazah Tun Siti Hasmah dipercayai menuju ke kediamaan beliau di The Mines, Seri Kembangan.

KUALA LUMPUR – Jenazah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dibawa keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) sekitar jam 10.40 pagi tadi selepas Allahyarhamah disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi.

MalaysiaGazette yang berada di lokasi menyaksikan sebuah ambulans dipercayai membawa jenazah Allahyarhamah meninggalkan kawasan IJN kira-kira lima minit selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat keluar dari hospital itu pada jam 10.35 pagi.

Jenazah Isteri kepada Bekas Perdana Menteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali akan dibawa keluar dari IJN sebelum dibawa ke rumahnya di The Mines, Seri Kembangan. Foto AIZAT ZAINAL, 28 SEPTEMBER 2026

Beberapa kenderaan lain dengan cermin gelap mengikuti ambulans berkenaan.

MalaysiaGazette difahamkan jenazah Allahyarhamah dilaporkan dibawa ke kediaman keluarga di The Mines, Seri Kembangan untuk dimandikan sebelum urusan seterusnya.

Setakat ini, IJN difahamkan tidak akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemergian Allahyarhamah.

Keluarga Allahyarham Dr. Siti Hasmah dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai urusan jenazah termasuk lokasi solat jenazah dan pengebumian. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here