Sultan, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan takziah pemergian Tun Dr Siti Hasmah

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandarian zahir ucapan takziah di atas pemergian almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Kesultanan Pahang, baginda berdua turut menzahirkan rasa dukacita dan berharap agar seluruh ahli keluarga almarhumah dikurniakan ketabahan.

Baginda turut berharap agar seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dikurniakan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu dilaporkan meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, jam 9.20 pagi tadi.

Dilahirkan pada 12 Julai 1926, Allahyarhamah merupakan tokoh wanita Malaysia yang bukan sahaja dihormati sebagai isteri kepada bekas perdana menteri, tetapi juga atas sumbangannya sendiri dalam bidang perubatan dan kebajikan masyarakat yang menjadi inspirasi rakyat negara ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here