Jude Bellingham. Foto BBC.

LONDON – Pemain tengah, Jude Bellingham mempertahankan gelaran Pemain Terbaik England untuk musim kedua berturut-turut selepas sekali lagi menjadi pilihan peminat susulan persembahan cemerlangnya bersama The Three Lions di Piala Dunia 2026.

Bintang Real Madrid itu menikmati kempen antarabangsa yang cukup menyerlah terutama menerusi ketajamannya di depan gol sehingga mengukuhkan kedudukannya sebagai antara tonggak utama skuad kendalian Thomas Tuchel.

Bellingham menjaringkan tujuh gol sepanjang kejohanan, sekali gus mencipta rekod baharu sebagai pemain England dengan jumlah jaringan terbanyak dalam satu edisi Piala Dunia.

Pemain berusia 23 tahun itu menjadi watak utama ketika membantu England menamatkan saingan di tempat ketiga selepas menewaskan Perancis 6-4 dalam aksi penentuan tempat ketiga yang berlangsung dengan pesta jaringan.

Prestasi Bellingham sepanjang kejohanan itu terus mendapat pengiktirafan apabila dia sekali lagi menerima undian tertinggi peminat untuk dinobatkan sebagai Pemain Terbaik England.

Bellingham menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai satu penghormatan besar selain berterima kasih kepada penyokong yang terus memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan.

“Ia bukan sesuatu anda fikirkan ketika bermain untuk negara, tetapi ia sememangnya satu tambahan yang indah kepada musim panas hebat yang kami lalui,” katanya  selepas menerima penghargaan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here