CAROLINA – Sejurus selepas ribut tropika, Gordon yang melanda  di tenggara sungai Mississippi dengan kelajuan 100 kilometer sejam kini taufan Florence pula dijangka membadai  timur Amerika Syarikat (AS), di Carolina utara dan selatan.

Agensi melaporkan, pusat kawalan cuaca berpangkalan Miami  berkata ribut taufan itu dijangka membahayakan pesawat yang sedang terbang.

Florence kali ini dijangka lebih kuat daripada diramalkan menjadi taufan. Ribut petir turut diramalkan di kawasan berkenaan.

Gabenor Carolina Utara, Roy Cooper bertindak mengeluarkan amaran kecemasan pada Jumaat untuk menggerakkan operasi kecemasan. Carolina Selatan turut mengikut langkah itu.

Sepanjang pantai timur AS, terutama Florida menerusi Carolina Utara, pihaknya sedang memantau perkembangan Florence bagi memastikan bersedia menghadapi taufan tersebut ketika ini.

Ombak besar di kawasan Bermuda dan pantai AS akan berterusan sehingga minggu depan.

Beberapa hari lepas, taufan Florence dilaporkan berada taufan tahap tiga dan kini berada kira-kira 2,045 kilometer ke timur laut Lesser Antilles di Atlantik dengan angin kencang dengan kelajuan 120 kilometer sejam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast