Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata hasil pemeriksaan, pemandu berkenaan didapati positif dadah jenis metamfetamin.
Datuk Seri Mazlan Lazim

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki yang tangannya diikat dengan tali, disyaki mangsa bunuh, ditemui berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Peel, di sini hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata mangsa dipercayai berusia 40-an, memakai baju kemeja T hitam dan berseluar panjang, ditemui orang awam di kawasan longkang PPR berkenaan pada kira-kira 11.15 pagi.

“Mangsa dipercayai mati dalam tempoh empat hingga lima hari lalu dan pihak polis masih menjalankan siasatan sama ada mangsa dibunuh di lokasi berkenaan atau lokasi lain,” katanya dalam satu kenyataan.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast