Fasha dan Aidil bersama anak-anak.

KUALA LUMPUR – “Jangan tunggu lama-lama,” itu pesan bekas suami Fasha Sandha sempena majlis pertunangannya dengan Aidil Aziz yang berlangsung semalam.

Menerusi Instagram, Rizal Ashram Ramli mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut berharap agar mereka bahagia dan urusan mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

“Tahniah kepada anda berdua atas pertunangan hari ini (Ahad). Semoga ia memberi kalian kegembiraan dan seterusnya ke jenjang pelamin, Insya-Allah. Jangan tunggu lama-lama,” tulisnya di Instagram.

Majlis pertunangan pasangan itu berlangsung secara tertutup di kediaman Fasha dan dihadiri hanya keluarga dan sahabat terdekat.

Pihak lelaki membawa tiga dulang hantaran dan berbalas lima dulang daripada pihak Fasha.

Fasha sebelum ini dengan mendirikan rumah tangga dengan Jejai pada 27 April 2012 walaubagaimanapun hubungan mereka berdua tidak berpanjangan.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 4 dan Putri Raysha Jemyma, 3 tahun. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast