KUALA LUMPUR – Ringgit lebih tinggi berbanding dolar US pada dagangan awal, berikutan permintaan terhadap mata wang tempatan meningkat disebabkan dolar US mengalami tekanan selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka menangguhkan kitaran kadar pengawalannya pada 2019.

Pada 9.16 pagi, ringgit berada pada paras 4.1030/1080, berbanding dolar US, naik 100 mata asas daripada 4.1130/1160 pada Rabu.

Selain itu, suasana pasaran tempatan turut mendapat galakan dengan petanda kemajuan dicapai dalam perbincangan perdagangan AS-China, berikutan ketengangan perdagangan antara dua gergasi ekonomi itu telah menjejaskan pasaran pada kebanyakan masa pada 2018.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali berbanding dolar Singapura. Ia naik kepada 3.0296/0351 daripada 3.0310/0336 dicatatkan semalam.

Mata wang tempatan susut berbanding yen kepada 3.8015/8069 daripada 3.7755/7796, turun berbanding pound British kepada 5.2469/2550 daripada 5.2445/2504 dan merosot berbanding euro kepada 4.7369/7435 daripada 4.7135/7178. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.