SINGAPURA – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini, disokong oleh pemotongan bekalan berterusan daripada OPEC dan Tusia dan kejatuhan aktiviti penggerudian oleh Amerika Syarikat.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan pada AS$60.75 setong pada 0040 GMT, naik AS$0.27 sen, atau 0.5 peratus, daripada harga penutup.

Kontrak minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik AS$0.22 atau 0.4 peratus, kepada AS$ 51.81 setong.

Firma penyelidikan ekonomi TS Lombard berkata, “harga semakin stabil pada paras semasa dan mungkin akan melonjak” – menunjukkan pengurangan bekalan oleh OPEC dan rakan sekutunya bagai pemacu fundamental.

Jumlah aktiviti penggerudian merosot empat pelantar minyak pada minggu ini hingga 11 Januari lalu, menjadikan jumlah keseluruhan turun kepada 873, menurut Baker Hughes.

Bagaimanapun, TS Lombard berkata, harga minyak mungkin tidak meningkat lebih tinggi kerana “ekonomi dunia kini semakin perlahan … mengehadkan skop untuk kejutan positif dalam permintaan minyak dan menghalang pengurangan inventori.” – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast