Mat SAbu
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Tentera Darat sedang menyiasat insiden seorang Pegawai Kanan Tentera Darat yang didakwa menumbuk seorang anggota tentera kelmarin.

Mohamad Sabu berkata, isu itu telah tular di media sosial selepas kejadian itu berlaku pada 5 Februari lalu.

“Selaku Menteri Pertahanan, saya mengambil maklum dan pihak Tentera Darat sedang melakukan siasatan segera dan akan mengeluarkan laporan terperinci hasil siasatan kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Mohamad berharap semua pihak bersabar dan berhenti membuat dakwaan demi menjaga nama baik Tentera Darat khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara amnya.

Baru-baru ini tular video berdurasi 1 minit 8 saat yang menunjukkan anggota tentera darat yang lengkap beruniform dan bersenjata sedang mengawal di pintu masuk.

Kemudian mangsa didekati oleh seorang lelaki berbaju biru dan seluar putih yang turun dari kereta Proton Waja.

Lelaki itu kelihatan memarahi anggota tentera itu sebelum menumbuknya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast