KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan telah menyerahkan kepada polis untuk mencari punca kematian anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) di Setiu, Terengganu semalam.

Kementerian itu berkata, pihaknya menerima maklumbalas daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengesahkan berita kematian anggota Paskal.

“Melalui laporan, ketika kejadian anggota TLDM tersebut sedang bercuti di kampung halaman dan dilaporkan meninggal dunia berkait letupan ketika aktiviti mencari ikan di Sungai Pangkalan Merbau, Setiu,” katanya dalam kenyatraan hari ini.

Menurut kenyatan itu, sehingga kini kementerian melalui TLDM menyerahkan keseluruhan proses siasatan kes tersebut kepada pihak PDRM bagi menentukan punca kematian dan apa-apa perkara lain yang berkait kematian Allahyarham.

“Pihak TLDM juga sedang menyalurkan bantuan kepada waris Allahyarham di dalam pengurusan jenazah serta akan menguruskan bantuan yang sejawarnya berdasarkan kelayakan seseorang anggota.

“Kementerian Pertahanan dan ATM komited untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan setiap anggota ATM,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast