Thanathorn Juangroongruangkit

BANGKOK- Pemimpin parti baharu yang mencabar kerajaan junta tentera Thailand, Thanathorn Juangroongruangkit didakwa atas kesalahan menghasut.

Ini merupakan tindakan undang-undang terbaharu yang dikenakan ke atas bintang politik Thailand yang semakin menyinar itu selepas pilihan raya bulan lepas.

Dakwaan hasutan itu difailkan oleh kerajaan merupakan kes jenayah kedua yang dibuat ke atas lelaki berusia 40 tahun ini selepas beliau menubuhkan parti progresif berorientasikan anak muda, Future Forward Party tahun lepas.

Kes pada 2015 itu timbul semula selepas Future Forward Party membuat penampilan mengejut dengan mendapat sokongan kuat rakyat semasa pilihan raya 24 Mac lalu dengan merekodkan 6.2 juta undi.

Sehingga kini, masih belum jelas parti manakah yang bakal membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum bulan lepas.

Ini merupakan kerajaan pertama yang bakal dibentuk selepas rampasan kuasa oleh tentera pada tahun 2014.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast