Gambar hiasan

NEW yORK – Facebook Inc memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat terhadap sebuah syarikat dan tiga individu di New Zealand yang didakwa menggunakan Instagram untuk memberikan perkhidmatan palsu.

Facebook dalam hantaran di blognya berkata, syarikat tersebut dan tiga individu yang tidak dinamakan menggunakan pelbagai syarikat dan laman web lain untuk menawarkan perkhidmatan palsu mereka.

Menurut gergasi media sosial itu, beberapa amaran telah dikeluarkan malah syarikat itu juga telah menggantung akaun sekutu-sekutu mereka tetapi tertuduh masih meneruskan aktiviti haram itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast