Suspek dalam keadaan berang memukul cermin kereta seorang wanita sehingga retak.
KUALA LUMPUR – Kelmarin tular video seorang lelaki bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta dengan topi keledar.
Hasilnya, dia ditahan polis semalam bagi membolehkan siasatan insiden di di Seri Kembangan, Selangor itu dijalankan.

Suspek berusia 30-an dan bekerja sebagai pembantu stor kilang itu ditahan sekitar 3 petang.

Polis turut merampas motosikal dan helmet yang digunakan semasa kejadian.

Video tersebut memaparkan suspek dalam keadaan berang memukul cermin hadapan kereta seorang wanita gara-gara tidak berpuas hati apabila mangsa membunyikan hon apabila suspek memberhentikan motorsikalnya secara mengejut di hadapan keretanya. – MalaysiaGazette 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast