ringgitHarga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk dibuka lebih tinggi untuk hari kedua berturut-turut pagi ini selepas Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju memulakan semula rundingan perdagangan.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.39 mata kepada 1,686.01 daripada 1,683.62 penutup Isnin.

Pada pembukaan, indeks itu naik 2.16 mata kepada 1,685.78.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 127 berbanding 102 dengan 181 kaunter tidak berubah, manakala 1,428 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Sejumlah 131.64 juta saham bertukar tangan bernilai RM52.87 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast