Pelabuhan Singapura

SINGAPURA – Ekonomi Singapura menyaksikan prestasi buruk daripada jangkaan pada suku kedua dengan pertumbuhan 0.1 peratus.

Angka itu jauh tersasar daripada jangkaan para penganalisis yang meramalkan 1.1 peratus.

Ia adalah pertumbuhan paling rendah sejak ekonomi menyusut sebanyak 1.2 peratus pada suku kedua 2009 semasa kemelesetan dunia.

Dari suku ke suku, ekonomi Singapura mengecut sebanyak 3.4 peratus selepas menyaksikan pertumbuhan 3.8 peratus pada tiga bulan pertama.

Pakar-pakar ekonomi berkata, angka terkini itu menyaksikan kelembapan dalam semua sektor utama dengan semuanya menyusut daripada suku pertama tahun ini.

Sektor pembuatan susut 6 peratus manakala pembina pula jatuh 7.6 peratus serta perkhidmatan menurun 1.5 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast