Proton X70
X70 antara penyumbang jualan Proton.

KUALA LUMPUR – PROTON melancarkan 62 unit Proton X70 Edisi Merdeka (ME) bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-62.

Edisi terhad itu ditawarkan pada harga RM126,100 dan didatangkan dengan dua warna iaitu Snow White serta Flame Red.

Proton berkata,  spesifikasi Proton X70 ME sama dengan varian premium biasa PROTON X70, cuma ia berbeza pada pakej bahagian luar serta tambahan kepada trim dalaman kereta.

Selain itu, lambang Edisi Merdeka dipasang pada bonet belakang, juga scuff plate dam visor pada pintu.

Proton X70 ME juga ditawarkan dengan angka khusus melambangkan Edisi Merdeka, untuk menjadikan ia unik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast