SAO PAULO – Presiden Brazil, Jair Bolsonaro berjanji akan menghantar pasukan tentera persekutuan yang dilengkapi peralatan bersesuaian untuk memadamkan kebakaran di hutan hujan Amazon.

Bolsonaro berkata, cuaca kering daripada biasa telah menyebabkan kebakaran besar di hutan tersebut sukar dikawal tahun ini.

Beliau turut menafikan maklumat tentang ketidakupayaan kerajaan untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Amazon yang merupakan hutan hujan terbesar di dunia digelarkan jantung bumi kerana membekalkan kira-kira 20 peratus oksigen kepada planet ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast