Mayat seorang warga emas dipercayai wanita ditemukan rentung di salah sebuah rumah yang terlibat dalam kebakaran melibatkan 32 bangunan di Sungai Lembing di sini, awal pagi ini.

KUANTAN –  Salah seorang mangsa kebakaran di Sungai Lembing ditemukan rentung selepas terperangkap dalam salah sebuah premis yang terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Norhisham Mohamad berkata, identiti mangsa, dipercayai wanita lingkungan usia 70-an, ditemukan jam jam 5.50 pagi itu belum disahkan setakat ini.

Menurutnya, operasi mencari seorang lagi mangsa yang dikhuatiri terperangkap masih diteruskan, lapor Sinar Harian.

“Berdasarkan maklumat terkini, kebakaran melibatkan 19 rumah kedai dua tingkat, 11 rumah kongsi setingkat dan sebuah perpustakaan awam.

“Mesyuarat bersama penduduk sedang dijalankan untuk sahkan maklumat awal yang diterima,” katanya.

Tragedi awal pagi itu turut melibatkan rumah salah salah seorang petugas media dari akhbar Sin Chew Daily, U y Siew Meng. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast