Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak susut dalam dagangan hari ini memandangkan pengeluaran Arab Saudi sudah kembali kepada kapasitinya.

Penyusutan itu turut disumbangkan oleh kebimbangan kelembapan ekonomi dunia dan kesannya terhadap permintaan minyak.

Niaga hadapan Brent susut sebanyak AS$0.32 berbanding harga penutup sesi terakhir kepada AS$62.42 setong pada 0131 GMT.

Manakala minyak Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI) pula susut AS$0.08 kepada AS$56.33 setong.

Niaga hadapan WTI turun 3% setakat minggu ini, menandakan kerugian mingguan terbesar dalam tempoh 10 minggu, manakala Brent turun 2.9% pada minggu ini, kerugian mingguan terbesar di tujuh minggu.

Arab Saudi telah mengembalikan semula kapasiti pengeluarannya kepada 11.3 juta tong sehari kurang dari dua minggu selepas serangan ke atas kemudahan minyak.

Serangan pada 14 September itu telah mengurangkan sejumlah 5.7 juta tong minyak mendorong kenaikan harga sebanyak 20% namun tidak lama kemudian Arab Saudi berjanji untuk mengembalikan semula kapasiti asal. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast