KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau jika melihat pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah di sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC) mulai pagi esok.

Markas TUDM dalam kenyataan berkata, kesemua pesawat TUDM akan melakukan terbang lintas sempena Eksesais Bersama LIMA yang melibatkan pesawat Hawk 108 milik TUDM serta empat buah pesawat Typhoon milik Royal Air Force.

“Terbang lintas ini akan dilaksanakan pada 10.15 pagi esok, orang ramai diminta tidak cemas dan risau jika melihat pesawat pejuang terbang rendah di sepanjang tempoh yang dinyatakan,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast