TERKINI : SOSMA Tidak Akan Dihapuskan Hanya Dipinda – Tun Mahathir

PUTRAJAYA – Kerajaan akan meminda undang-undang keselamatan drakonian termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam tempoh terdekat ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pindaan undang-undang itu akan dibentang di Parlimen pada sesi yang sedang berlangsung ketika ini.

Jelas beliau, sekiranya tidak sempat, pindaan itu akan dibawa ke Parlimen pada sesi Mac tahun depan.

“Terdapat keperluan untuk pinda undang-undang keselamatan drakonian ini walaupun tidak dapat dihapuskan.

“Tetapi ada perubahan pada bahagian seperti seperti menangkap dan menyimpan suspek tanpa didakwa.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast