KUALA LUMPUR – Gergasi telekomunikasi China, China Mobile, menerusi anak syarikat luar negaranya, China Mobile International (CMI) melancarkan Pusat Perkongsian Pintar (SSC) global yang pertama di Cyberjaya.

Pembukaan SSC itu menandakan permulaan baru CMI yang merancang pengembangan operasinya di rantau ini.

CMI berkata, dengan mengambil kira bilangan bakat yang besar di Malaysia, operasi terkini CMI akan berpusat di pejabat sedia ada di Menara i-Tech, yang akan mengendalikan kewangan kumpulan, undang-undang dan sumber manusia dan beberapa fungsi lagi akan datang.

Dengan kehadiran CMI di Malaysia ia akan menyediakan pelbagai perkhidmatan perkongsian sekali gus mengukuhkan keupayaan teknologi tempatan khususnya di dalam Industri 4.0.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan CMI, Lei Liqun berkata, Lei berkata, inilah masanya untuk CMI mengembangkan operasinya menerusi SSC bagi memanfaatkan kebolehan pelbagai bahasa, infrastruktur yang mantap, sokongan kuat dari kerajaan bagi pemusatan perundangan global, fungsi sumber manusia dan kewangan.

“Bergerak ke hadapan, SSC dijangka memainkan peranan penting bagi meningkatkan kecekepan di dalam operasi keseluruhan teras perniagaan CMI. Sebagai operator terbesar telekomunikasi di dunia, kami yakin CMI mampu meningkatkan nilai yang kami sediakan kepada para pelanggan dan perkhidmatan secara global,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Ng Wan Peng berkata, kehadiran SSC CMI membuktikan keupayaan Malaysia sebagai lokasi strategic untuk perkhidmatan digital yang dikuasakan oleh teknologi Industri 4.0 seperti automasi dan analisis data.

“MDEC amat yakin dengan melabur di Malaysia, CMI akan membawa kepakaran dan ilmu ke negara ini bagi menambah ekosistem bakat dan inovasi, sekali gus memanfaat negara ke arah negara berpendapatan tinggi,” katanya.

Operasi pertama CMI yang ditubuhkan lebih dari tiga tahun lalu, menawarkan teknologi canggih syarikat, pengalaman beroperasi secara global dan penyelesaian teknologi maklumat yang tiada tandingan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast