Kamaruzaman Mohamad
Kamaruzaman Mohamad

KUALA LUMPUR – Penganjuran Festival Tatu Malaysia 2019 baru-baru ini bukan sahaja tidak bermoral dan melanggar etika malah bercanggah dengan Rukun Negara.

Rukun Negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Serentak itu, Ketua Penerangan Pas Malaysia, Kamaruzaman Mohamad menggesa tindakan undang-undang diambil ke atas pihak penganjur kerana melanggar etika berikutan ada peragaan separuh bogel.

Lebih mengecewakan, katanya, penganjuran seperti itu dilakukan tanpa pemantauan ketat oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sehingga dilihat meminggirkan sosial budaya ketimuran di Malaysia.

“Festival ini secara tidak langsung membuka ruang kepada rakyat Malaysia yang majoritinya orang Islam untuk turut sama menyertainya tanpa segan silu.

“Padahal, amalan bertatu ini dilarang sama sekali dalam agama Islam kerana ia bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau juga menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof supaya mengambil tindakan tegas tanpa bersikap lepas tangan begitu sahaja.

Ujar beliau, menteri itu juga dituntut memberi penjelasan kepada rakyat agar program seperti itu tidak berulang lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Program peserta tattoo separuh bogel timbulkan kemarahan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast