Gambar hiasan CIMB

KUALA LUMPUR- CIMB Bank Bhd. dan CIMB Islamic Bank Bhd. menyediakan kemudahan pembayaran semula kepada pelbagai jenis produk bagi tempoh enam bulan kepada semua pelanggan-pelanggan dan kakitangannya yang terjejas banjir di seluruh negara.

Kumpulan perbankan itu dalam satu kenyataan berkata, pembayaran semula enam bulan tersebut merangkumi kesemua pinjaman dan pembiayaan oleh individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pinjaman kenderaan, pembiayaan peribadi, kad kredit atau caj lewat serta deposit.

Caj-caj bagi penggantian kad kredit dan debit, permohonan mendapatkan penyata bank atau penggantian buku akaun serta buku cek juga tidak akan dikenakan.

CIMB juga katanya, akan mempercepatkan proses tuntutan insurans di kawasan-kawasan terjejas.

“Kami bersimpati dengan kerugiaan dan kesusahan yang dihadapi oleh para pelanggan dan pekerja yang terjejas akibat bandar.

“Kami berharap bantuan menerusia pembayaran semula enam bulan serta penghapusan caj-caj fi juga diharapkan dapat mengurangkan beban mangsa banjir,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast