petrol
Gambar fail: Stesen minyak Petronas

KUALA LUMPUR- Ketika ini semua stesen minyak Petronas mula membekalkan bahan api Euro 4M RON 95, lebih awal berbanding tarikh yang ditetapkan kerajaan iaitu 1 Januari 2020.

Petronas Dagangan Bhd. dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, spesifikasi bahan api terbaharu itu hanya mengandungi 50 bahagian bagi setiap juta (ppm) sulfur, yang mana ia 10 kali lebih rendah berbanding Euro 2M standard untuk petrol RON 95.

Selain itu, kandungan benzinnya juga dikurangnya sebanyak 30 peratus kepada 3.5 peratus manakala tekanan meruap dikurangkan sebanyak tujuh peratus kepada 65kPa.

Ini bermakna bahan api tersebut lebih bersih kepada enjin dan alam sekitar.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Syed M Tahir, bahan api RON95 di stesen Petronas telah dinaik taraf kepada standar Euro 4M sejak awal Disember.

“Dengan penambahbaikan ini, para pengguna bukan sahaja dapat menikmati pemanduan yang lebih lancar, responsive dan berkesan tetapi juga bahan api yang bersih mampu mengurangkan pencemaran udara yang sekali gus memberi manfaat kepada kesihatan dan alam sekitar.

“Apa yang penting, Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive adalah baik untuk enjin dan persekitaran,” katanya.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast