Presiden PERKID, Masridzi Sat bersama wakil NGO yang lain menunjukkan laporan yang dibuat kepada RoS untuk haramkan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) berhubung tulisan Jawi di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 13 JANUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Gabungan Gerakan NGO Melayu Islam Bangkit menggesa agar Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan penubuhan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)  dan Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang dilihat konsisten menyebarkan elemen anti perpaduan.

Jurucakap gabungan NGO itu yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Masridi Sat berkata,  kerajaan tidak sepatutnya berlembut  dengan Dong Zong dan Jia Zong.

Menurutnya, cara Dong Zong membantah perlaksanaan Jawi  boleh menjejaskan keharmonian kaum setelah menimbulkan kemarahan Melayu Islam maka persatuan itu patut dibatalkan.

Justeru, katanya RoS disarankan untuk menggunakan bidang kuasanya untuk menyiasat dengan segera tujuan penubuhan kedua-dua pertubuhan itu dan mengambil tindakan tegas sekiranya didapati mereka  mereka bergerak sebagai pertubuhan anti perpaduan.

“Dalam satu forum di Dewan Perhimpunan Selangor pada 28 Disember 2019 Setiausaha Agung Dong Zong  (Ng Chai Heng) menyatakan sebab mengapa masyarakat yang bernaung di bawah dua pertubuhan itu termasuk Jia Zong menolak pengajaran tulisan Jawi ialah kerana mereka membantah sebarang perkara yang berimej atau beridentitikan Islam.

“Justeru kami membuat laporan ini agar RoS dapat menyiasat dan seterusnya menggunakan budi bicaranya bagi melaksanakan kuasa yang ada di bawah Seksyen 2 A Akta Pertubuhan 1966 untuk membatalkan selepas memberi peluang pertubuhan itu membuat representasi.

“Jika didapati ada apa-apa dari aktiviti atau hal ehwal Dong Zong berlawanan dengan atau berkurangan atau bertentangan terhadap kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Kebangsaan dan kedudukan orang Melayu jadi justeru itu kita telah serahkan laporan kami dan telah diterima RoS hari ini,” katanya kepada pemberita selepass menyerahkan laporan di pejabat RoS di Jalan Duta di sini hari ini.

Presiden PERKID, Masridzi Sat bercakap kepada media selepas membuat laporan kepada RoS untuk haramkan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) berhubung tulisan Jawi di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 13 JANUARI 2020.

Tambah Masridi, tindakan Dong Zong dan Jia Zong itu jelas  menunjukkan kedua-dua pertubuhan itu memburukkan Islam dan dalam yang masa yang sama juga turut mengajak masyarakat lain befikiran sedemikian.

“Hakikatnya tulisan Jawi sebahagian daripada bahasa Kebangsaan seperti mana yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan.

“Dan persoalan sama ada Jawi berimejkan Islam tidak seharusnya dijadikan alasan Islam Fobic bagi menolak pengajarannya selagi mana doktrin ajaran Islam itu tidak dipaksa ke atas mana-mana pelajar bukan Islam,” tambahnya.

10 NGO yang hadir di pejabat RoS hari ini adalah PERKID, Parti Bumiputera Perkasa, Muafakat, Armada Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Muslim, Penjawi, SBI (Sukarelawan Belia Islam), Pertubuhan Darul Fitrah Malaysia.

Gerakan Merah dan Pertubuhan Gabungan Seni Beladiri Combat Satukan Malaysia.

Justeru kesemua 10 NGO hari ini berharap kerajaan tanpa berlengah lagu segera mengambil tindakan terhadap pertubuhan itu.

“Apa yang kami harapkan satu tindakan susulan, oleh pihak kerajaan mesti dijalankan kerana gerakan anti nasional dan bersifat rasis ini jika dibiarkan terus akan melukakan hati umat Islam, orang Melayu dalam negara, sudah pasti akan menjejaskan keharmonian semua kaum,” ujarnya.

Sebelum ini, kesemua 10 NGO yang sama juga antara 40  yang membuat laporan polis terhadap Jiao Zong di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 25 Disember lalu.

Kesemua NGO terbabit turut menggesa polis menyiasat secara terperinci segala aktiviti Jiao Zong yang boleh mengakibatkan perpecahan kaum di negara ini.

Justeru selepas itu mahkamah memerintah pertubuhan itu membatalkan kongres berhubung tulisan Jawi yang sepatutnya diadakan pada 28 Disember 2019.

Kemudian pada 2 Januari 2020 Dong Zong menyerahkan memorandum penolakan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular kepada Kementerian Pendidikan. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.