Virgil van Dijk

LONDON – Liverpool enggan menunggu lama apabila sedia menawarkan kontrak baharu kepada Virgil van Dijk dengan nilai £50 juta paun (RM268 juta).

Pemain pertahanan itu kini menjadi aset penting bagi pemilik kelab bagi memastikan Van Dijk kekal bersama mereka untuk tenpoh panjang.

Pemain antarabangsa Belanda itu tiba di Anfield dari Southampton pada Januari 2018 dengan kontrak selama lima tahun.

Dengan berbaki tiga tahun lagi kontrak, Van Dijk dijangka akan menerima tawaran kontrak baharu lima tahun dengan kenaikan gaji dari £125,000 kepada £150,000 seminggu bagi memastikan dia kekal bersama Liverpool.

Penawaran kontrak baharu itu membuktikan pemain berusia 28 tahun berkenaan telah memberi impak besar kepada skuad kendalian Jurgen Klopp ini.

Penampilan cemerlang musim lalu telah meletakkan namanya sebagai Pemain Terbaik PFA malah Liverpool turut tercalon dalam pelbagai anugerah domestik dan Eropah. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast