Haslihelmy DM Zulhasli

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) menubuhkan Tabung Bencana Covid-19 untuk membantu meringankan beban golongan miskin dan yang memerlukan.

Menerusi dana terkumpul, NGO berkenaan akan menyediakan beberapa jenis barangan keperluan harian, termasuk alat menjaga kesihatan seperti pembersih tangan dan penutup muka.

Menurut Presiden PSAP, Haslihelmy DM Zulhasli, sesiapa sahaja termasuk golongan korporat boleh menyumbang pada tabung berkenaan yang telah pun dibuka untuk mengumpul dana.

Sumbangan itu, katanya, akan disalurkan kembali oleh PSAP kepada rakyat yang memerlukan dan yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19.

“Kita menerima banyak rungutan daripada orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah yang terjejas berikutan penularan Covid-19.

“Dengan itu, kita mengambil inisiatif menubuhkan tabung ini dengan harapan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan,” katanya.

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank milik PSAP 506221452292. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast