Kerusi diletakkan pada jarak dua meter di salah satu sudut di stadium North Stand, Signal Iduna Park yang diubah sebagai pusat rawatan pesakit Covid-19.

BERLIN – Borussia Dortmund mengubah salah satu sudut atau ruang stadium iaitu North Stand di Signal Iduna Park Stadium sebagai Pusat Rawatan Covid-19.

Langkah drastik itu sebagai membantu Jerman dalam merawat jumlah pesakit yang semakin meningkat.

Memandangkan musim bola sepak Bundesliga seperti mana liga lain di Eropah telah digantung setakat ini sehingga akhir Jun, Dortmund tampil menghulurkan salah satu ruang di stadium terbesar Jerman itu untuk menguji dan merawat pesakit suspek Covid-19.

Salah seorang pagawai perubatan duduk di bilik khas rawatan pesakit yang disediakan di Grand Stand Laguna Park Stadium di Jerman untuk memerangi virus. Foto Credit: Borussia Dortmund

Kelab Bundesliga itu pada Isnin mendedahkan yang mereka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan tempatan bagi melaksanakan misi itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast