logo FELDA

KUALA LUMPUR – Felda menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pendidikan Felda (PPF) selama enam bulan sehingga September, berkuat kuasa serta merta.

Penangguhan ini melibatkan semua peminjam PPF iaitu Skim Latihan Kemahiran Felda (SLKF), Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi Felda (SPPTF) dan Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Universiti Luar Negara Felda.

Unit Pembangunan Komuniti Jabatan Pembangunan Peneroka dan Komuniti Felda berkata, penangguhan itu dibuat merujuk kepada pengumuman Perdana Menteri, pada 23 Mac lalu berkenaan penangguhan bayaran balik agensi pinjaman pendidikan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Felda sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan dan semua peminjam PPF,” kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Unit Pembangunan Komuniti Jabatan Pembangunan Peneroka dan Komuniti Felda melalui talian 03 – 2191 2053 / 2055/2058/2072 atau melalui email [email protected] / [email protected] – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast