China telah mengadakan sekatan di Heilongjiang susulan peningkatan kes import koronavirus. foto Agensi

BEIJING – China melaporkan 89 kes koronavirus baru pada 13 April, turun dari 108 kes sehari sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 86 kes telah diimport, turun dari 98 hari sebelumnya, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara.

China sebelum ini memaklumkan sebanyak 79 kes import dikesan di wilayah timur laut Heilongjiang, yang mempunyai sempadan dengan Rusia.

Jumlah kes yang disahkan di China sekarang berjumlah 82,249 dengan angka kematiannya akibat pandemik adalah 3,341, tanpa kematian baru pada 13 April. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Boleh percaya ke kes import ni? Atau sama seperti penipuan LGE yang negara nak bangkrap semasa mereka berkuasa? Tup..tup.. kerajaan masih ada lagi duit buat RM250 billion stimulus package?

    Kah..kah..kah…

Comments are closed.