TERKINI : Setiap Tahun Kami Akan Beli Belah Saat Akhir di Malam Raya Aidilfitri

Sambutan Aidilfitri tahun ini amat dirasai perbezaannya apabila lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai bagi mendapatkan barangan keperluan hari raya menerima jumlah pengunjung yang agak sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tinjauan MalaysiaGazette di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) serta Jakel Mall mendapati kebanyakan pengunjung melakukan pembelian di saat-saat akhir apabila mereka mula memenuhi kedua-dua lokasi tersebut sejurus waktu berbuka puasa.

Suasana sedikit berbeza di sepanjang Jalan TAR berikutan masih ada beberapa buah premis perniagaan yang belum beroperasi ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast